PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) BATU PAHAT

 dilihat 1196 kali

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat merupakan salah satu daripada Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), Kementerian Sumber Manusia. Ia terletak di Jalan Tanjung Labuh, iaitu kira-kira 8 km dari pusat bandar Batu Pahat, Johor. Pusat Latihan ini telah siap dibina pada tahun 2000 dan telah memulakan operasinya sejak awal tahun 2001. Objektif utama penubuhan ADTEC Batu Pahat adalah untuk mengeluarkan tenaga kerja mahir yang kompeten dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan industri negara. Sejajar dengan objektif penubuhannya, ADTEC Batu Pahat telah diberi status Pusat Bertauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi menjalankan program peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). Bersandarkan kepada sistem latihan bersepadu yang merangkumi 60% amali dan 40% teori, Diploma Teknologi yang ditawarkan ADTEC Batu Pahat telah diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) bagi membolehkan pelajar meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. ADTEC Batu Pahat juga komited untuk menjamin kualiti produk dan proses penyampaian latihannya secara berterusan. Hasilnya, sejak tahun 2007 ADTEC Batu Pahat telah memperolehi Sijil Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 daripada SIRIM. Rentetan daripada itu, pada bulan Ogos 2012 pula, ADTEC Batu Pahat telah menerima persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S daripada Malaysia Productivity Corporatian (MPC) atas komitmen yang tinggi untuk menjamin persekitaran kerja dan latihan yang bersih, kondusif dan selamat.
Alamat: KM8, Jalan Tanjung Labuh, Mukim Minyak Beku,83000 Batu Pahat, Johor
Telefon Pejabat/Bimbit: 074287733
Faks: 074285290
E-mel: meornazir@jtm.gov.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) BATU PAHAT.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.






Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2017
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8000 8000
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u