INSTITUT LATIHAN KEMAS KUALA LUMPUR

 dilihat 1454 kali

Bermula dengan pengurusan rumah tangga iaitu cara-cara mengasuh anak, mendobi, memasak, menjahit, dandanan diri, menternak dan berkebun bertujuan meningkatkan kualiti hidup penduduk luar bandar. Kini, Pusat Latihan KEMAS Kuala Lumpur berbangga dengan memberi latihan pra perkhidmatan kepada pegawai dan kakitangan KEMAS terutamanya dalam menangani ledakan teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan. Fungsi tradisi memberi latihan asas kepada Pemaju Masyarakat TABIKA diperkembangkan kepada kursus Bina Insan, Kesejahteraan Keluarga (dahulu dikenali sebagai ERT) dan beberapa kursus lain yang telah diaturkan oleh ibupejabat KEMAS. Dengan kemudahan sumber yang ada, peralatan yang berkualiti serta komitmen kakitangan yang tinggi, maka kemampuan untuk mencapai pembangunan sumber manusia yang berkualiti dan dinamik melalui bidang latihan tidak perlu dipersoalkan lagi.

 

Misi KEMAS

  1. Meningkatkan kompetensi masyarakat luar bandar supaya mampu berdikari untuk meningkatkan taraf kehidupan dari segi pendidikan, sosial dan ekonomi;
  2. Memperkukuhkan organisasi dan masyarakat desa dengan niali-nilai murni ke arah pembangunan yang seimbang;
  3. Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti;
  4. Memberi kefahaman dan menjayakan perkhidmatan yang berkualiti;
  5. Memberi kefahaman dan manjayakan pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan; dan
  6. Mewujudkan masyarakat berilmu melalui pendidikan sepanjang hayat.
Visi KEMAS

Nadi Pembangunan dan Perubahan Masyarakat Luar Bandar.

Objektif KEMAS

  1. Menjadikan masyarakat luar bandar yang kompeten, berdaya saing dan berdikari;
  2. Memantapkan perkembangan sosio-emosi, fizikal, intelek dan rohani serta menguasai kemahiran asas 3M kepada kanak-kanak berumur di bawah 6 tahun; dan
  3. Memastikan sistem penyampaian yang berkesan.

 

Visi Bahagian Latihan dan Pembangunan Profesional

Membentuk personal KEMAS yang kompeten dan cemerlang dalam perkhidmatan awam.

Misi Bahagian Latihan dan Pembangunan Profesional

Melahirkan Modal Insan KEMAS yang sentiasa mendokong hasrat dan aspirasi Jabatan serta mempunyai kepakaran dalam bidang tugas tertentu.

Alamat: Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur.
Telefon Pejabat/Bimbit: 0322743117
Faks: 0322732534
E-mel: plkkl@kemas.gov.my
:
:
 
 

  • Internet
  • Parking
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin
  • Pentas
INSTITUT LATIHAN KEMAS KUALA LUMPUR, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur.

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT LATIHAN KEMAS KUALA LUMPUR.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.






Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2020
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8000 8000
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u