POLITEKNIK MELAKA

 dilihat 1426 kali

Politeknik Melaka (PMK) dahulunya dikenali sebagai Politeknik Kota, Melaka (PKM). Tetapi tidak ramai mengetahui bahawa sebelum Politeknik Kota, Melaka, ia dikenali sebagai Politeknik Merlimau Melaka. Ini berikutan perancangan terawal penubuhan Politeknik di Melaka hanyalah sebuah sahaja. Namun, sewaktu proses menunggu kampus di Merlimau siap dibina, dalam tempoh itu juga penempatan sementara Politeknik di Bangunan Plaza Pandan Malim, Balai Panjang Melaka telah di jadikan sebuah lagi Politeknik yang dinamakan Politeknik Kota, Melaka kerana kedudukannya yang strategik berhampiran dengan Bandar dan berada di dalam kawasan DUN Kota Melaka. Kini dibawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, PMK telah mula menawarkan Program di peringkat DIPLOMA. Kumpulan pelajar pertama Sesi Julai 2009 dari Jabatan Kejuruteraan Awam telah ditawarkan Program diperingkat Diploma dan pada sesi kemasukan berikutnya, PMK mula menerima pelajar Diploma, tiada program diperingkat sijil lagi ditawarkan untuk kemasukan ke Politeknik Melaka. Antara 4 pengajian peringkat Diploma yang ditawarkan adalah Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Elektronik(kawalan), Diploma Perniagaan Antarabangsa dan Diploma Akauntansi Pada 4 Jun 2010, secara rasminya Politeknik Kota Melaka ditukar nama ke Politeknik Melaka. Pengarah Politeknik Melaka: Pn. Rashidah binti Mustapa - 8 November 2011 hingga sekarang En. Mohd Hatta bin Zainal - 18 Mei 2009 hingga 13 mei 2011 Tuan Hj Abd Aziz bin Abu Bakar - 01 Disember 2007 hingga 15 Mei 2009 Dr Arshad bin Kassim - Januari 2004 hingga 30 November 2007 Sulong bin Yahaya - Januari1999 hingga Disember 2003. Alamat No.2, Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim, 75250 Melaka Tel: 06-3376000- No. Sambungan atau 06-3376001(Pej. Pentadbiran) Fax: 06-3376007
Alamat: No. 2, Jalan PPM 10 Plaza Pandan Malim
Telefon Pejabat/Bimbit: 063376000
Faks: 063376007
E-mel: webmaster@polimelaka.edu.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi POLITEKNIK MELAKA.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.






Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2019
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8000 8000
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u