KOLEJ KOMUNITI PADANG TERAP

 dilihat 173 kali

Sejarah Penubuhan Kolej Komuniti Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No 398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia akan menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Sebanyak 10 buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001 dan 2 buah lagi pada bulan Disember 2001. Sehingga Julai 2007, sebanyak 35 buah Kolej Komuniti telah beroperasi di seluruh negara. Pada Mac 2004 pula Kolej Komuniti yang berada dalam Jabatan Pendidikan Teknikal Kementerian Pendidikan Malaysia telah diletakkan di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dalam Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Lebih banyak Kolej Komuniti sedang dirancang pembinaannya secara berfasa dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) bagi membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan objektif penubuhan Kolej Komuniti. 2 lagi kolej baru telah mula beroperasi bermula Sesi Januari 2008 menjadikan jumlah keseluruhan kolej komuniti adalah sebanyak 37 buah. Bulan September 2007, Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti telah ditukarkan kepada Sektor Pengurusan Kolej Komuniti dengan disokongi oleh beberapa Bahagian iaitu, Bahagian Pembangunan Akademik, Bahagian Penilaian dan Peperiksaan, Bahagian Kebajikan Pelajar dan Bahagian Pengambilan Pelajar. Pada 15 September 2009, Sektor Pengurusan Kolej Komuniti telah dinaik taraf ke Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dan diketuai oleh seoarang Ketua Pengarah. Jabatan ini juga telah ditambah 3 bahagian yang baru iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pembangunan Dasar dan Ko-kurikulum dan Bahagian Hubungan Industri, Pengesanan Graduan dan Alumni.

Alamat: Lot 1529, Jalan Kuala Nerang, Tmn. Belimbing Indah
Telefon Pejabat/Bimbit: 047903811
Faks: 047903812
E-mel: kkpdgterap@gmail.com
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi KOLEJ KOMUNITI PADANG TERAP.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.






Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2017
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8000 8000
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u