KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PETALING JAYA

 dilihat 1181 kali

IKM / KKTM diwujudkan dengan tujuan untuk melahirkan belia Bumiputera yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran bagi melayakkan mereka berkhidmat dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian disamping mewujudkan bakal-bakal usahawan. Perlaksanaan latihan dijalankan dengan cara mengadakan berbagai kursus di dalam berbagai bidang yang dijalankan di IKM / KKTM di seluruh negara. IKM yang pertama ditubuhkan adalah pada tahun 1968 iaitu IKM Melaka yang pada masa itu ditempatkan di Jalan Hang Tuah, Melaka. Pada awalnya IKM diwujudkan dengan objektif berorientasikan sosial iaitu untuk membanteras masalah keciciran di dalam bidang pendidikan di kalangan remaja dan belia Bumiputera terutamanya di kawasan luar bandar. Apabila negara mula mempelbagaikan sistem ekonominya dari bidang pertanian ke bidang perusahaan dan perindustrian, keperluan pekerja separuh mahir untuk bekerja di kilang-kilang yang ditubuhkan mula ketara. Mulai tahun 70an, bidang-bidang kemahiran telah diperbanyakkan dan jumlah IKM telah ditambah. IKM memberi peluang kepada remaja dan belia yang tidak berpeluang melanjutkan pendidikan, mendapatkan kelulusan dan kemahiran untuk melayakkan mereka untuk berkhidmat dengan syarikat-syarikat swasta. Daripada asalnya dikenali sebagai "sekolah tukang" iaitu pusat latihan yang melahirkan tukang yang mahir dalam sesuatu bidang, kini IKM telah berkembang mengikut peredaran zaman. Selaras dengan perkembangan di dalam dunia pendidikan yang diterajui oleh perkembangan ekonomi berasaskan teknologi, negara memerlukan lebih ramai pekerja berpengetahuan atau "knowledge workers". Di samping itu perkembangan teknologi juga menyebabkan syarikat-syarikat pembuatan dan perindustrian yang memberi sumbangan besar terhadap mengadakan peluang-peluang pekerjaan, mengubah keperluan sumber manusia mereka daripada "tukang pasang" atau "assembly workers" kepada pekerja berkemahiran tinggi atau highly-skilled workers. Sehubungan dengan itu, aliran kemahiran menjadi penting di dalam program pembangunan sumber manusia dan secara langsung merupakan satu laluan yang selari dengan aliran akademik dan ini membolehkan lepasan sekolah menengah membuat pilihan tentang haluan dan bidang kerjaya yang hendak mereka ceburi. Hakikat inilah yang menjadi asas utama di dalam pembangunan IKM. Sehingga awal tahun 90an, kesemua kursus latihan kemahiran dijalankan di peringkat Sijil bagi Belia Bumiputera dalam peringkat umur 16-40 tahun. Antara latihan kemahiran yang diadakan adalah dalam bidang seperti Kejuruteraan Automotif, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal, Senibina dan juga Seni dan Rekabentuk. Kursus di tahap Diploma pula mula dijalankan pada tahun 1995 apabila IKM Petaling Jaya menjalankan sepenuhnya program Higher National Diploma dalam bidang Elektronik dan diploma ini ditauliahkan oleh Edexcel International of United Kingdom. Ini kemudiannya diikuti oleh program diploma di dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Automotif, Bangunan, Elektrik, Elektronik dan Mekanikal secara usahasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Manakala program diploma dalam bidang Teknologi Pembuatan dan Membuat Acuan dilaksanakan dengan kerjasama German Malaysia Institute (GMI). Peningkatan tahap kursus memerlukan tenaga pengajar dan pengurusan yang mempunyai kelulusan dan kelayakkan yang lebih tinggi disamping kemudahan dan alatan latihan yang lebih canggih yang mencerminkan teknologi yang sebenarnya digunakan dalam pasaran serta industri. Ini mencetuskan IKM dinaiktaraf menjadi Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) bagi pusat-pusat yang menjalankan program diploma iaitu di KKTM Pasir Mas, KKTM Petaling Jaya dan KKTM Balik Pulau. Dengan ini, KKTM bukan sahaja merupakan salah satu aliran pilihan secara langsung bagi pelajar-pelajar yang tamat SPM atau SPM(V) tetapi juga memberi peluang pelatih lepasan IKM melanjutkan pelajaran mereka di peringkat diploma.

Alamat: No. 12, Jalan Templer
Telefon Pejabat/Bimbit: 0377828971
Faks: 0377835379
E-mel: rahmat.aji@mara.gov.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PETALING JAYA.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.






Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2018
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8000 8000
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u