KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LEDANG

 dilihat 1302 kali

KKTM Ledang terletak di dalam daerah Ledang. Daerah Ledang merupakan sebuah daerah daripada 10 daerah di negeri Johor secara rasminya telah menjadi daerah baru pada 09hb Jun 2008 bersamaan 05 JamadilAkhir 1429H dirasmikan oleh Sultan Johor secara gilang-gemilang dan mempunyai keluasan 239,751 ekar atau 97,024 hektar. Pada awal 2005, Pihak MARA telah merancang satu projek pembinaan kampus baru iaitu Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang, Johor diatas tanah lot 1244-1253, 2955,1413-1416,1233-1236 dan 1220 Mukim Serom 4 dan 5, daerah Muar Johor yang berkeluasan 72 ekar. KKTM Ledang mula di bina pada 7 September 2005 dan diserahkan kepada MARA sepenuhnya pada 3 Mei 2010. KKTM Ledang mula beroperasi pada 14 Jun 2010 (1 Rejab 1431 Hijrah) dengan 18 orang staf melaporkan diri pada hari pertama tersebut. Pengambilan pelajar yang julung kali adalah pada tanggal 12 Julai 2010 bersamaan 29 Rejab 1431 Hijrah. Seramai 75 orang pelajar mendaftar pada hari pertama di Dewan Besar KKTM Ledang, Johor

Alamat: Serom 4 & 5, Jalan Seroma  Bukit Gambir, Sungai Mati
Telefon Pejabat/Bimbit: 069756200
Faks: 069756203
E-mel: pentadbirankktml@mara.gov.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LEDANG.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.






Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2019
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8000 8000
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u