INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) PERETAK

 dilihat 5447 kali

Institut ini mula diwujudkan pada tahun 1954 dan bertapak di Morib, Selangor. Pada peringkat awal ia dikenali sebagai Dewan Belia Morib (Morib Youth Hall) dan berfungsi sebagai pusat khidmat masyarakat. Pada tahun 1964, ia dipindahkan ke Peretak, Kuala Kubu Bharu dan dinamakan sebagai Pusat Latihan Belia Kebangsaan, Peretak. Ianya dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 29hb November 1964. Peningkatan kemajuan serta kepentingan Latihan Vokasional dan Kemahiran telah membawa status ke Institut pada tahun 1991, dan dinamakan sebagai Institut Kemahiran Belia Negara Peretak. Berikutan Projek Empangan Sungai Selangor, Institut ini berpindah ke Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu pada 1hb Julai 2002. Kompleks baru Institut ini dirasmikan oleh YB Datuk Azalina Dato` Othman Said, Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 30hb April 2004. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, sekarang terletak di Ampang Pecah kira – kira 4 km dari Pekan Kuala Kubu Bharu, melalui Jalan Hamzah ke Pekan Rasa dan ia adalah 65 km dari Bandaraya Kuala Lumpur. Ia didirikan di atas kawasan seluas 75 ekar dan pembangunan hanya dibina seluas 25 ekar sahaja. Ia terletak berhampiran dengan beberapa Institut Pengajian seperti Darul Quran, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Kem Bina Semangat, Ampang Pecah. IKBN ini merupakan salah satu daripada 20 IKBN di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Fokus utama Institut ini adalah untuk melahirkan sumber tenaga belia yang memiliki keterserlahan dalam bidang kemahiran dan kesempurnaan dalam sahsiah. Institut ini ditadbir oleh seorang Pengarah, dibantu oleh Ketua Bahagian Kemahiran, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan. Jumlah keseluruhan pegawai dan kakitangan pada masa ini ialah 85 orang. Kapasiti semasa pelajar seramai 412 orang. http://www.ikbnpt.gov.my/

Alamat: Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor
Telefon Pejabat/Bimbit: 03-60996000
Faks: 03-60641941
E-mel: portalikbnpt@gmail.com
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) PERETAK.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.






Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2020
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8000 8000
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u