AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (KEPIMPINAN) PORT DICKSON

 dilihat 963 kali

APBM terletak di Lot No. 4624, Mukim Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan iaitu kira-kira 28 km arah selatan Port Dickson. APBM ini meliputi keluasan hampir 20 ekar (8.094 hektar atau 80,332 meter persegi). Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) yang diasaskan pada tahun 1993 awalnya dikenali sebagai Kem Belia Waja kerana konsep asal kemudahan yang disediakan lebih berbentuk bangunan ala tentera dan kawasan persekitaran yang sesuai dengan keadaan sebuah kem. Dalam tahun 1995 kem ini telah bertukar nama kepada Institut Kepimpinan Belia Negara (IKBN) Port Dickson. Ini adalah untuk membuka peluang latihan kepimpinan kepada belia dalam bentuk kursus-kursus yang berorientasikan kefahaman mental, spiritual dan fizikal. Ia dibina diatas sebidang tanah seluas 25 ekar dikawasan tepi pantai hutan simpan Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan dengan kos sebanyak RM4,636,467.86. Ia kemudian ditukar nama kepada Institut Latihan Kepimpinan Belia (ILKEB) dan telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 6 Jun 1997. Cadangan penubuhan Pusat Latihan ini telah dikemukakan oleh peserta Khemah Kerja Belia Islam Asia Pasifik kepada Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia ketika itu dan kemudiannya merestui penubuhannya. Selepas itu usaha-usaha telah dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi memohon dan memperolehi kawasan dari Kerajaan Negeri Sembilan. Institut ini kemudiannya telah dinaik taraf kepada Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM). Pelancaran APBM telah dilaksanakan oleh YB. Dato’ Azalina Dato’ Haji Othman Said, Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 23 Jun 2006 dengan skop dan peranannya lebih luas selaras dengan matlamat kerajaan ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Fungsi APBM begitu penting ke arah memantapkan bidang kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan di kalangan belia Malaysia. Ini dapat direalisasikan melalui berbagai program pembangunan belia terutama sekali program-program kepimpinan yang dilaksanakan oleh Akademi dari semasa ke semasa. Aspirasi ini secara langsung mendukung matlamat kerajaan ke arah pengukuhan sumber manusia, pembentukan pemimpin-pemimpin pelapis serta penglibatan generasi muda selaku penggerak masyarakat dan agen pemangkin Wawasan 2020. Kini APBM Port Dickson bergerak seiring dengan peredaran masa untuk menjana pemimpin belia pada masa hadapan.

Alamat: Pasir Panjang
Telefon Pejabat/Bimbit: 066619980
Faks: 066619370
E-mel: tun_azam.kbs@1govuc.gov.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (KEPIMPINAN) PORT DICKSON.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.






Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2018
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8000 8000
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u